NILAI: Seorang ibu tunggal sanggup membawa dua anak lelaki berusia enam dan 10 tahun untuk menginap di sebuah hotel di sini bersama seorang duda selepas menyambut ambang tahun baharu pada Isnin.
Bagaimanapun kegembiraan wanita berusia 37 tahun dan pasangannya berusia 41 tahun itu berakhir apabila bilik hotel mereka diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kira-kira jam 2 pagi.
Wanita itu mendakwa menginap di situ kerana mahu memenuhi keinginan anaknya yang mahu tidur di hotel.
"Kami datang ke Nilai kerana nak bawa anak tengok pertunjukan bunga api dan sepatutnya selepas itu nak baliklah, tapi anak pula kata nak tidur hotel.
"Saya pun sebenarnya dah rasa tak sedap hati bila mendaftar masuk tadi, tapi sebab anak," katanya kepada Sinar Harian yang turut serta dalam operasi berkenaan.
Dia juga memberitahu dalam proses berkahwin dengan duda anak satu terbabit tahun ini yang merupakan rakan arwah suaminya.
Sebelum itu, wanita berkenaan yang kakinya berbalut akibat kencing manis memaklumkan kepada penguat kuasa hanya dia bersama anak-anak yang menginap di situ.
Bagaimanapun selepas pemeriksaan lanjut dilakukan, lelaki itu ditemui menyorok di belakang pintu tandas.
Selain itu, seorang wanita berusia 24 tahun dan pasangan warga Bangladesh berusia 26 tahun yang merupakan pekerja pembersihan antara turut ditahan.
Ketika bilik hotel mereka diperiksa, wanita itu yang lengkap berpakaian menyorok di dalam tandas manakala pasangannya hanya memakai boxer.
Turut ditemui iaitu kondom di atas katil berselerak yang terdapat kesan tompokan darah.
Sementara itu Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Penolong Pengarah (Kanan) Ahmad Zaki Hamzah berkata, dalam operasi yang bermula jam 1 hingga 3 pagi itu, seramai enam pasangan telah ditahan pihaknya dalam pemeriksaan di 16 buah hotel di Nilai.
"Pasangan berumur antara 20-an hingga 41-an itu ditahan mengikut Seksyen 61(1) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 (Pindaan 2019).
"Kebanyakan mereka memberitahu 'check in' di hotel selepas menyambut tahun baharu. Ada juga ditahan merupakan pelajar kolej," katanya.
Ujarnya, sememangnya setiap kali malam sambutan tahun baharu akan ada pasangan bukan mahram ditahan kerana cuba melakukan percubaan persetubuhan haram dengan menginap di hotel.
Justeru katanya, pihaknya akan sentiasa melaksanakan operasi sebegitu dari semasa ke semasa bagi mencegah perbuatan yang melanggar hukum syarak.
"Malam tahun baharu ini kita boleh katakan sebagai 'malam panas' dan disebabkan itu dari semasa ke semasa operasi ini akan dilakukan," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Jan 01 2024
Bilik hotel pasangan terbabit diserbu penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) kira-kira jam 2 pagi. - Gambar Sinar Harian
Perodua Masters: Hampir 300 pemain bakal berentap dalam edisi 2024
Biarpun pusingan kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 sudah berakhir, namun kejohanan itu tetap berjaya menarik penyertaan bintang dalam Top10 ranking dunia.
Sistem pendidikan harus di depan, terajui digitalisasi
Apa yang dibimbangi ketika ini ialah jika sistem pendidikan mampu bergerak seiring dengan kepesatan pembangunan khususnya dalam teknologi digital.
Lebih 1,000 individu ditahan di Kelantan
Polis menahan sejumlah 1,488 individu atas pelbagai kesalahan dadah dalam Operasi Tapis Bersepadu di seluruh Kelantan bagi tempoh 29 April hingga 15 Mei.
Lima lagi lebuh raya setuju laksana SPT September ini
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini.
Lawrence Wong terima ucapan tahniah pemimpin dunia
Wong menyatakan harapan agar dapat menjalinkan kerjasama bagi meningkatkan kerjasama dua hala dan serantau.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di Astana.
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian
Insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang Khamis.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dua beregu negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand
Dua beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Thailand 2024 selepas memenangi perlawanan pusingan kedua masing-masing yang berlangsung di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
MAIPs, tiga lagi gagal dapat kebenaran merayu, anak Loh kekal beragama Hindu
MAIPs dan tiga yang lain gagal mendapatkan kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membatalkan penukaran agama tiga anak ibu tunggal.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan.
Rangka tak sempurna dalam rumah terbengkalai dipercayai Bella
Penemuan rangka manusia termasuk tengkorak dalam sebuah rumah terbengkalai di Kampung Batu 7, Tongkang Pecah dijangka dapat merungkai kehilangan Bella.
Tukar agama anak secara unilateral salah di sisi undang-undang, mahkamah benarkan rayuan Loh
Mahkamah Rayuan mengetepikan penukaran agama secara unilateral tiga anak Loh Siew Hong kepada Islam.
Ibu tunggal bawa anak 'check-in' dengan duda
Seorang ibu tunggal sanggup membawa dua anak lelaki berusia enam dan 10 tahun untuk menginap di sebuah hotel di sini bersama seorang duda selepas menyambut ambang tahun baharu pada Isnin.
Teman lelaki Bella dibebaskan dengan jaminan polis
Lelaki berusia 24 tahun itu yang bekerja di sebuah syarikat kurier direman sejak 25 Dis mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana culik.
Polis masih siasat kes kehilangan Bella
Setakat ini polis telah memanggil lima individu melibatkan keluarga serta rakan-rakan wanita berkenaan bagi membantu siasatan.
Ibu tunggal didakwa 29 pertuduhan pecah amanah
Tertuduh yang ketika itu bekerja sebagai Eksekutif Pentadbiran telah secara curang melakukan pecah amanah wang keseluruhan berjumlah lebih RM350,000.
Ibu tunggal terpedaya ‘Love Scam’, rugi lebih RM170,000
Seorang ibu tunggal kerugian lebih RM170,000 akibat terpedaya dengan sindiket 'Love Scam' atau penipuan cinta.
Ibu tunggal terpaksa berhenti menoreh urus anak lumpuh
Norhaniza Arifin yang berusia 15 tahun patah paha dan tangan kanan sehingga menyebabkan dia tidak mampu duduk mahupun berdiri akibat kemalangan.